Selasa, 9 Februari 2021

DISIPLIN KEWANGAN & ELAK BOROS

ESOK DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Hari yang paling menggembirakan bagi yang bekerja makan gaji ialah hari gaji masuk.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan

2. Pelaburan masa depan

3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas sekurang2nya 1gram 1bulan. Disiplinkan diri yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, insyaAllah...

Isnin, 8 Februari 2021

KEMPEN FEBRUARI 2021 - ORODESIGN.BIZ

KEMPEN FEBRUARI 2021 ORODESIGN.BIZ






LAGI KEBABOOM UOLLSπŸ’₯πŸ’₯

TAMBAHAN 250 KEPING 0.25 GRAM UNTUK DI MILIKI πŸ’₯🎁πŸ’₯🎁πŸ’₯

------------------------------

Perkenalkan 2 orang dealer baru : 

DapatπŸ‘‡πŸ»

πŸ‘‰πŸ’° RM 500 

πŸ‘‰1 🏷 Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 

πŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

πŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

__________

Perkenalkan 4 orang dealer baru :

DapatπŸ‘‡πŸ»

πŸ‘‰πŸ’°RM 1000 

πŸ‘‰πŸ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 1

πŸ‘‰ 2 🏷 Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 

πŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

πŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

___________

Perkenalkan 15 orang dealer baru :

DapatπŸ‘‡πŸ»

πŸ‘‰πŸ’° RM 3750 

πŸ‘‰πŸ’Ž Percuma 0.5 gram coin 999.9 x 3

πŸ‘‰πŸ”₯ Percuma Loket Rose 2.5 gram 999.9 x 1

πŸ‘‰7 🏷 Tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9 

πŸŽ‰ 1g Blackgold x 50 KEPING

πŸŽ‰ 0.25g Goldbar x 200 KEPING

__________

TERBARU‼️🀩❤️🀩

LUCKY DRAW untuk Penjualan Emas Lama kepada Kilang

Satu No Order BUY BACK, anda layak dapat 1 🏷 tiket LUCKY DRAW EMAS 999.9

πŸ‘‰ Goldbar 0.25g × 50 KEPINGπŸ’₯

___________

Wish we all best of luck😘πŸ’ͺπŸ’ͺ😊πŸ”₯πŸ’ͺ

Sharing peluang nikmati emas harga kilang. Tambah ASET & JANA INCOME dengan jadi USAHAWAN EMASπŸ’ͺπŸ’₯

www.wasap.my/601110759316/DealerOrodesign

ZAKAT EMAS

 ZAKAT EMAS πŸ’°πŸ’°πŸ’°

πŸ‘€ : Saya ada kemusykilan mengenai zakat emas terutama tentang haul dan nisab. Apakah maksud sebenar haul dan nisab?

πŸ‘¨ : faham, memang banyak lagi yang kurang faham pasal ni. baiklah..

NISAB → ialah kadar harta yang mewajibkan dibayar zakat padanya.

HAUL → ialah jangka masa setahun bermula daripada cukupnya haul. contoh, pada bulan muharram 1426 duit kita mencapai kadar nisab, maka pada muharram 1427, dikira telah cukup satu haul. ia dikira berdasarkan kalendar islam. kalau nak senang kira lagi, tahun ini anda mula simpan emas 1 hb 10 .. tahun hadapan 1 hb 10 jumlah emas simpanan anda sudah cukup dan melebihi 85 gram, maka wajib bayar zakat.

πŸ‘€ : Emas yang tidak dipakai saja kena wajib zakat kan? barang kemas kita pakai x wajib zakat betul?

πŸ‘¨ : Eh , kurang tepat tu. Barang kemas yang dipakai  juga ada yang wajib bayar zakat

πŸ‘€ : Kenapa macam tu? mohon pencerahan ..

πŸ‘¨ : Zakat emas terbahagi kepada 2 , Yang disimpan dan juga yang dipakai.

1 - Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)

Contoh : RM6,000 x 2.5%

Jumlah zakat    = RM 150


2 - Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun dipakai sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi URUF nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram

Uruf Emas = 150g ram


Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)

= RM 192.9


πŸ‘€ : Owh ... Lain negeri tidak sama lah ye urufnya?

πŸ‘¨ : Ye betul. Ini senarai bagi  Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.


🌱 Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.

🌱 Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

🌱 Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

🌱 Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000

🌱 Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

🌱Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

🌱 Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

🌱Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

🌱 Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

🌱 Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

🌱 Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

🌱 Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

🌱 Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

🌱 Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram


πŸ‘€ : Wah! Kelantan tidak ada uruf

πŸ‘¨ : Betul.. boleh pakai no limit barang kemas 😁

πŸ‘€ : Alamak, Ibu saya di Melaka.. saya rasa barang kemas yang dipakainya sudah melebihi uruf, malah sudah melebihi Haul. wajib bayar zakat bukan?

πŸ‘¨ : Sebaiknya , anda bawa ibu anda beserta Barang kemas beliau tersebut ke pusat zakat berhampiran, Di sana mereka lebih arif dari segi pengesahan dan kadar kiraan yang tepat untuk emas tersebut.

πŸ‘€ : Baiklah.

πŸ‘¨: jangan takut untuk bayar zakat .. Allah sudah janjikan sesungguhnya zakat itu penyubur harta. Tidak ada sesiapa jatuh miskin lepas bayar zakat, malah rezekinya akan  menjadi semakin murah dan berganda .. InsyaaAllah..

πŸ‘€ : Betul .. Terima kasih atas pencerahan

πŸ‘¨ : Sama-sama